1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim
Sebelum merayakan Aidilfitri, kita diwajibkan membayar zakat fitrah.
teringat sal zakat fitrah teringat plak kat cerita ayah semalam. kat meja makan, ayah cakap...
"kok tau tak, masa kite kat UK dulu kite diberi zakat. ayah sampai sedih sebab tengok kite tergolong dalam komuniti dapat zakat.... ayah pergi cek, rupa2nya kita memang tergolong dalam golongan miskin. sebab biasiswa and gaji ayah ngan mak selama setahun tak sama dengan pendapatan mereka sebulan pon!"
sambung ayah lagi...
"orang arab, elaun mereka 15 kali ganda elaun kita kat sana...."
dalam hati tasha.... wow, kayanya orang arab ni... patut la sokmo tengok dorang shopping kat midvelley. hehe.... orang minyak... camtu la. rezeki.
alhamdulillah, itulah hikmah zakat ni. dapat tolong menolong satu sama lain. terima kasih umat islam seluruh dunia kerana zakat anda membantu umat islam lain yang memerlukan, untuk menyebarkan lagi syiar islam di muka bumi Allah ini.... peace =)
1 comment:
salam. minta izin copy amalan sunat dihari raya yer..
Post a Comment