alhamdulillah... life's good.
berada di negeri di bawah bayu... banyak yg saya pelajari. seronok jugak.
1. saya baru tahu yg hari2 di sabah disebut hari satu, hari dua hari tiga... instead of isnin, selasa, rabu.. mula2 conpuse gak bila mereka cakap, 'appointment kite buat hari satu ye'.. ingt sabtu.. rupanya isnin.. hehe.
2. berbuka puasa ialah bersungkai. kalau dalam radio dia akan cakap, 'sekarang diumumkan waktu bersungkai bagi negeri sabah...'.
3. saya masih lagi fail untuk bercakap sabah n badly, saya masih lg problemmo nk memahami orang yg bercakap dialek sabah. biasanya saya hanya terpinga2 n si suami la yang mentranslatekan.. hehee..
4. since suami merupakan warden di poli ini, this is my 1st time tinggal satu kolej dengan pelajar lelaki. wp tinggal di rumah warden, sangat selesa! ade 3 bilik n 3 bilik air..fully furnished. blessed enough for us yg newly wed ni. byk nk budget kan. yg bestnye, student lelaki sangat meriah! they sing mostly all the time- xkira tgh mlm ke, pagi ke, tgh hari ke... subuh ke... haha~
5. semlam ade program 'singgah sahur' kat poli kk. dorang berkompang ke setiap blok dan kejutkan sahur, seawal jam 3am. dan lps tu, suasana kolej dah jadi meriah sbb student mula bising n berteriak 'sahur...sahur..'. menarik~
6. saya suka shopping di cni. last time, saya ikut suami ke kedai kristal kenalannya, dan dia hadiahkan saya rantai mutiara air masin sempena perkahwinan kami, which is soooo cantik. tak sabar nk pakai sempena raya nnt. then selepas tu, everytime saya g kedai tu, mesti kak rina (owner kedai tu) bagi saya something cam brooch ke... best. kalau beli makanan tradisional pun, dorang akan bg satu paket percuma, seronoknya..
7. saya dh jadi isteri yang betul2 isteri. i cant believe saya memasak n mencuba pelbagai resepi di sini. i cook not only for hubby, tp menolong sewaktu rakan suami buat kenduri, memasak untuk pusat islam sempena berbuka puasa dan saya juga bertukar2 masakan dengan jiran. waaah, terasa seperti dalam cerita desperate housewives plak. hehe.. seronok bila memasak n ade org makan n the dishes is not bad at all aka yummy. kembang semangkuk bila suami memuji... hehe.. saya juga suka buat kuih cam kek coklat kukus, seri muka, puding koktel, puding karamel, kek gula hangus n mcm2 lagi. alhamdulillah so far hasilnya xmengecewakan. biasanya saya akan skype dengan mak n cari resepi kat internet. i love what im doing right now. kind of a good therapy isnt it?
8. bazar ramadhan di sini menarik. biasanya weekend kami akan ke bazaar sbb weekdays dah masak. haha. saya suka kuih cempiang (masakan tradisional org sabah). kuih2 juga murah, still rm1 untuk 3. tp yg best org kat cni suka makan mee. banyak mee. dan setiap kali anda ke restoran, dorang akan hidangkan anda sup kosong. its free whether u ask for it or not!
9. saya dah nampak gunung kinabalu, saya dah ke kundasang yg sejuk itu, kinabalu park n few places around KK. tp so far saya tak drive lagi kat cni sbb hubby tak benarkan. its good to have somebody to drive for u kan? hehe...
10. uitm kk dekat je dengan rumah. so no hal untuk saya gunakan library uitm kk untuk study saya nnt. saya pon dah ada kawan baru, namanya Indah, seindah orangnya. orang bugis. owh ye, saya pon dah de passport perjalanan terhad ke sabah. so, dah kira bukan taurist dah la.
 |
| di kundasang |
hmm, itu la update 10 things of KK's life for now. ari ni xperlu masak sbb ade majlis iftar besar2an di pusat Islam poli KK. owh ye, solat sunat tarawikh kat poli kk ini menarik jugak sbb selepas 4 rakaat tarawikh akan diadakan tazkirah. bagus bila berada dlm majlis ilmu ni. pusat islam dengan rumah pon xjauh, 2min jalan lenggang lengguk je kot.. hehe. ok,till then!