"ajak sahabat-sahabat baca Surah al-Kahf untuk Jumaat kali ini. Ia menyelamatkan manusia daripada fitnah dusta Dajjal kerana Surah al-Kahf membetulkan (i) 'sistem kepercayaan', (ii) 'cara manusia berfikir dan melihat' serta (iii) 'sistem nilai berteraskan aqidah'."
hmm, masa usrah ngan mak cik fuziah kat uitm dlu pun, kami mulakan ngan baca surah al kahfi. surah ni elok dibaca hari jumaat, kata makcik. tapi tasha still jugak baca yassin tiap2 malam jumaat. masa usrah je la baca surah al kahfi...hehe.pas baca quote ustaz saiful islam ni, terfikir plak tasha. nape tasha x baca surah al kahfi? so that, tasha pun wat sedikit homework tentang al kahfi.
kandungan utama surah al kahfi ialah:
- hikayat sohibul kahfi iaitu kisah pemuda2 beriman
- kisah nabi Musa dan nabi Khidir AS
- kisah Zulkarnain dan Yakjuj Makjuj
- Dari Abu Said al-Khudri, "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi malam Jumaat diterangi baginya cahaya jarak di antara pembaca tersebut dan antara Baitil Atiq"
- Sabda Rasulullah SAW, "Barangsiapa membaca surah al-kahf pada hari Jumaat, nescaya cahaya meneranginya selama di antara 2 Jumaat" (H.R. al-Baihaqi)
- Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.” Al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi .
- Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah).
so, marilah kite baca surah al kahfi dan beramal dengannya. aiwah~
No comments:
Post a Comment