Feb 3, 2010

cerita tentang DIA #2

hari ni dia sedeyh lagi... 

banyak betul dugaan hidup yang perlu dia lalui dalam mengharungi cita2 dia ini. dia tahu, the road that she had choosen is full of mehnah and tribulasi. dia akan sentiasa diuji.

dia akui dia memang tidak kuat seperti orang lain. dia akui dia memang susah untuk jadi positif. dia akui dia sangat sensitif kepada pandangan orang. dia akui dia memang tiada keyakinan diri. itu semua masalah dalaman diri dia yang sangat meruncing and sangat2 diuji ketika dia memilih jalan ini. susahnya menjadi dewasa...

dia sedeyh bila fikirkan anggapan orang tentang diri dia. dia cuba jadi positif. at the same time, dia juga mengharapkan sokongan daripada orang sekeliling. lebih2 lagi orang yang dia hormati. dia memang perlukan itu. tapi bila orang yang dia hormati pun sudah terpengaruh dengan kata2 orang luar, dia rasa sedeyh dan semangatnya jatuh. bagi dia, apa yang orang dia hormati cakap semua betul. tapi berbalik kepada post sebelum ini, handling critics, dia tidak patut ambil kisah kritikan daripada orang yang tidak berpengalaman dalam bidang dia. tapi still, kerana hormatnya pada orang itu, dia tetap ambil kisah.

dia baru saje memasuki pesisir kepada jalan yang dia pilih, tapi nampaknya dia telah banyak diuji. dan semangatnya makin lama makin luntur. dia perlukan motivasi, dia perlukan sokongan. dia terasa sendiri. tapi dia tahu dia ada Allah. dia yakin, Allah takkan membebankan dia dengan sesuatu yang dia tidak mampu. dia mampu hadapi cabaran ini. tapi dia rasa helpless, mungkin kerana selama ini dia sangat bergantung pada manusia. 

dia perlu kuat, tapi dia terasa lemah. dia perlu bersemangat tapi dia sudah ragu2 dengan diri dia. sampai suatu ketika, dia hampir jadi malu untuk mendedahkan jalan yang dia lalui kepada mereka di luar sana kerana dia takut akan kritikan. kenapa semua orang mengkritik? dia tahu jalan yang dia lalui bukan mudah, lebih2 lagi untuk usia semuda dia. tapi kenapa semua orang mengkritik, bukan memberi sokongan. kritikan itu buatkan dia terasa diri dia tidak layak. buktikan, dia layak! ya, mudah kan. tapi bagaimana dia nak buktikan kalau dia sudah termakan kritikan2 itu?

pengajarannya, kurangkan keberantungan pada manusia. hanya Allah yang tahu apa terbaik untuk kita. tapi still, dia manusia biasa. dia manusia yang manja. dia manusia yang tidak berdikari. it takes time for her to change all these traits that already build up in her since she was a kid. dia perlu ubah tapi dia tak pasti kekuatan diri dia.

dia sedeyh....

6 comments:

Suhaila S. said...

aloo.. jgnlah sedeh..
bersama kesedihan itu pasti ada kemanisan menanti..
positive-thinking ya.. u have to be strong natasha aishah!! ini baru nak ke lereng pendakian.. smgt tu penting.. kritikan drpd org sekeliling, jgn pandang remeh, tp jgn bulat2 terima, amik tu sbg cabaran n buktikan pd dunia bahawa usia bukan penghalang...

yg penting, u have HIM.. yg sentiasa bersama setiap masa ketika di mana saja..

n u have me too.. =)

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad said...

La tahzan, innAllaha ma'a na..
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.

Rasulullah lebih banyak cabaran dan tentangan yg baginda hadapi, kalau ikutkan, bagindalah yg paling layak untuk bersedih dan berduka..

ujian itu hanya untuk mereka yg terpilih, menguji keimanan dan kebergantungan kita padaNya..

Cg Bio

zo said...

im all urs dear..kalau tashi nak pinjam bahu saya pun boleh..just text me anytime ok

ixora said...

sue: huhu..sedeyh tau... nape la saya x kuat semangat ngat. sib baek ade sue baik! thx sue deary.. sob3x

tg: tg, long time tak dengar kata2 hikmah tg nih. tu la, tasha patut jadikan Rasulullah sebgai benchmark. kalau kite rasa dugaan kita berat, rasulullah lagi berat dugaannya... terima kasih sgt2. hm, tg bz eh sekarang? blog pun kurang update... huhu

liza: thx u soooooo much.... ala... tak syok la text aje. space kurang... huhu

zo said...

then msg saya, pastu kita kuar minum kat mana2 sambil sesi curhat ye

ixora said...

liza, kite dah xde class tyme weekend...yippie! leh la jumpa awk...insyaAllah