Mar 11, 2010

Bulu Kucing Najis?


persoalan baru!
source: http://blogs.sundaymercury.net

since kat uma tasha banyaaakkkkk sangat kucing-kucingan, timbul satu persoalan yg ditimbulkan oleh mak cik tasha...
"bulu kucing yang tertanggal dari badan kucing ni najis tau... tak leh bawak sembahyang.."

gulp!
baru tasha tau. this is so impossible la kalau kat uma tasha xde bulu kucing. long adopted 8 cats! can u imagine 8 cats in the house... dan tasha seorang yang alergi pada bulu kucing tinggal bersama2 mereka? owh my dearest prince charming... please bring me outta here.... ki3x...

so, menjawab persoalan ni, tasha pon browse internet r...

ni perbincangan dari I Luv Islam nyer site...

...tiada hukum meletakkan bulu kucing itu najis,sebab kucing adalah antara binatang yang disayangi para sahabat,antaranya ialah Abu Hurairah.Nama Abu hurairah itu adalah satu kuniyah dari Nabi Muhammad saw kerana Abu Hurairah terlalu sayang pada Kucing. Lainlah, kalau bulu kucing tu terlekat najis barulah boleh dikatakan bernajis.... (moderator A)

ini dicanggah oleh moderator B
.....Sebahagian ulama' mengatakan bulu kucing najis kerana kucing adalah binatang yg haram dimakan..binatang yg haram dimakan dianggap najis so bulu dan apa yg berkaitan dgn dia pun dikira najis..kalau tahi dia tu mmg dah najis pun..so kalau bulu dia kita bawa sembahyang maka kita menanggung najis la.. Adapun sebahagian ulama' mengkategorikan bulu kucing sbg "ummul balwa"..kerana kucing menjadi binatang peliharaan..maka dibolehkan jika dalam keadaan susah utk dielakkan..kalau boleh dielakkan itu yg lebih ahsan(baik)..

menurut blog salman maskuri, mazhab syafie memaafkan najis-najis tersebut:
  1. Percikan air kencing yg tidak dilihat oleh pandangan yg sederhana, samada yg mengenai tubuh, baju atau tempat. (Muktamad) 
  2. Air liur basi(yg keluar dr perut) bg org sentiasa keluar.(Mughnil Muhtaj) 
  3. Air yg terkena najis ikan selagi mana air tersebut tidak berubah.(Mughnil Muhtaj) 
  4. Darah yg berbaki pada tulang dan daging. 
  5. Bangkai ulat pada buah dan cuka. Boleh makan buah tersebut dgn ulat itu. (Mughnil Muhtaj) 
  6. Najis yg digunakan sebagai ubat sekiranya tidak ada ubat yg bersih menempati tempatnya. (Mughnil Muhtaj) 
  7. Bangkai binatang yg tidak mengalir darah kalau dipotong anggotanya ketika hidup seperti lebah, kala jengking, cicak, lalat, kutu dan sebagainya. Bangkai ini tidak menajiskan cecair sahaja.Kalau dibawa bangkai ini ke solat tidak sah solat tersebut. Adapun darah dari binatang2 ini adalah dimaafkan pada baju dan badan. -Majmuk- 
  8. Tahi burung ditempat2 yg banyak burung. -Muktamad- 
  9. Tanah2 di jalan yg terkena pakakaian manusia sekalipun tanah yg diyakini ia bernajis. Ini kerana susah nak dielakkan. -Muktamad- 
  10. Mulut budak kecil yg terkena muntah ketika menyusu puting ibunya. -Muktamad- 
  11. Bulu2 yg terpisah dari haiwan yg tidak halal dimakan (melainkan anjing dan babi) adalah najis. Kalau ia sedikit sperti 2 - 3 helai bulu kucing maka dimaafkan. Dimaafkan bulu2 tersebut walaupun banyak bagi org yg menunggang binatang tersebut. (I'anatut Tolibin) 
  12. Darah yg keluar disebabkan buasir bg org yg mengalami penyakit buasir. (I'anatut Tolibin.
  13. Darah yg keluar dari binatang kecil yg tidak ada darah yg mengalir seperti nyamuk, kutu dan sebagainya. (I'Anatut Tolibin) 
  14. Sedikit darah haid, darah hidung dan juga sedikit darah yg keluar dari semua anggota yg terbuka melainkan dr tempat yg keluar najis (sperti tahi berdarah). -I'Anatut Tolibin-
  15. Darah berbekam walaupun banyak selagi masih ditempat yg dibekam. -I'anatut Tolibin- 
  16. Darah gusi selagi mana tak ditelan dalam solat. -I'anatut Tolibin- 
  17. Najis yg ada pada ikan kecil. -I'anatut tolibin- 
  18. Najis yg ada pada mulut budak kecil dan orang gila. -I' antut tolibin- 
  19. Najis yg dibawa oleh kaki lalat -I'anatut tolibin- 
  20. Najis yg ada di anggota terbuka (sprti mulut, hidung dll) binatang abila terkena air. -I 'anatut Tolibin- 
  21. Najis tikus yg terkena air jika banyak tikus najis2 tikus yg terkena pada air2. -I'anatut Tolibin-
  22. Darah bisul, jerawat dan luka sekalipun banyak. Begitu juga dengan nanah dan airnya. Dimaafkan sekalipun banyak dan mengenai pakaian dgn syarat:
  • Bukan dgn sebab perbuatan sendiri.
  • Tidak melebihi bahagian yg kena. 
  • Kalau dgn sebab perbuatan sendiri maka dimaafkan jika sedikit sahaja. Begitu juga jika melampaui bahagian anggota yg lain. Begitu juga dimaafkan darah org lain jika sedikit. (I'anatut Tolibin)
Rujukan: Majmuk oleh Imam Nawawi, Mughnil Muhtaj oleh Syarbini, Muktamad oleh Muhammad Zuhaili, I'anatut tolibin oleh Syed al-Bakri dan Umdatul Mufti Wal Mustafti oleh Ahmad Abdul Bari Al-Ahdal.  

menurut website ini, hukum bulu kucing adalah seperti berikit:
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.

Apabila kita dalam keaadaan berwudhu jika terkena/terpijak bulu kucing maka wuduk kita tidak batal. Kerana najis tidak boleh membatalkan wuduk. Najis akan menyebabkan sembahyang kita tidak sah, jika kita membawanya. Kerana salah satu dari syarat-syarat sah sembahyang ialah tubuh, pakaian dan tempat mestilah bersih dari najis.

wallhu'alam~

1 comment:

Suhaila S. said...

kucing kt umah sy pn byk.. dah lebih 10 ekorr.. glewat!! long xmboh dhke kucing?? meh r amikkk.. hehehe