Mar 8, 2010

renungan: nak nikah?

dah besar kan....
so jom share sal ni dari sahabat se-SHAMS dlu... menarik sangat!

sila klik link tersebut tuk bacaan

syukran jazilan ya ukhti fathirah...

yang tasha nak share adalah kesimpulan yang diberi:

Ustaz Wan Akashah menyatakan bahawa:
  • pastikan mak ayah tahu dan kenal pasangan, jangan bercinta bagai nak rak, tapi ibu bapa tak tahu,
  • Pastikan juga orang yang ingin dicintai itu tahu agama, yang bermaksud mereka yang tahu dan menghayati agama, bukan setakat tahu tapi tak buat. 
  • Tips yang dikongsi oleh ustaz dalam pemilihan pasangan- tengok cara pasangan berjalan, cara bercakap dan tengok bulu kening pasangan sama ada lentik atau tidak
huhu.... tips2 ni sangat relevan... based on past experience... bab tips memilih pasangan tu... kne belajar dalam2 lagi la.. xpaham tips ustaz ni...

Ustaz Ajib menyatakan bahawa:
  • tujuan penganjuran pernikahan adalah sebagai suatu ibadat. sabda Rasulullah s.a.w, dengan menikah telah sempurna sebahagian daripada iman seseorang. 
  • Yang kedua, tujuan pernikahan adalah untuk mengelakkan maksiat, yang seterusnya dapat membendung kelahiran keturunan-keturunan yang tidak pasti nasabnya.
  • Dan yang paling penting, pernikahan adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan antara dua buah keluarga yang bersatu. 
  • Dalam konteks sebelum perkahwinan, ustaz menyarankan supaya memilih pasangan yang tepat dan percaya kepada qada' dan qadar yang ditentukan oleh Allah dengan menerima pasangan seadanya.
so, muhasabah la diri jika ingin berkahwin sama ada kita memenuhi tujuan2 perkahwinan di atas atau sekadar seronok2. ape yg pntg, percaya qada' dan qadar dan terima pasangan seadanya =)


Ustaz Shukri memberikan doa Nabi Daud a.s yang berhubung dengan cinta. Doa tersebut adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

renung-renungkan dan amal-amalkan...
thx fathirah!

No comments: