Feb 8, 2011

jangan malas

hari ni xsihat lagi... terpaksa postponed meeting ngan dr Zuriah. 

pas tido berstokin, bersweater dan berselimut dgn 2 selimut, alhamdulillah.. im getting better. bangun, minum milo panas dan mengadap laptop semula. laptop cam dah ade aura masuk virus. mudah hang dan sgt lembab. ya Allah, jangan lah pape terjadi pada laptop ni. malas nak hantar cek sbb i need to use my laptop everyday.

malas?
yup, memang setiap manusia tidak pernah lari dari sifat malas. setiap kali terasa malas, tasha akan merayau di blog2. lps tu, bila kerja tak dpat disiapkan, terasa la sedeyh n stress. typical me. hehe. td kat facebook, terbaca 'Motivasi Rajin' dari Fuad Latip. mengenali Fuad Latip menurusi laman webnya. so, tasha add beliau sbg friend di fb.
gambar amik kat mnirashid.com
bagaimana mahu menjadi rajin?
tidak dinafikan, tasha selalu berfikir.. indahnya jika hidup hanya untuk berehat2, melancong, bergembira dan yg enak2 saje. bila kesempitan duit, terasa alangkah bestnya menjadi orang kaya, duit menimbun untuk shopping n melancong n mcm2 ag. tp sedarkah risiko mereka, lagi besar. hutang mereka, lagi besar. masalah mereka, lagi besar.. apetah lagi melibatkan individu dikenali ramai ini. owh, xsesenang yg disangka. menjadi org kaya bukan la best sangat pun.

apabila berhadapan dengan masalah dalam pelajaran, terasa alangkah bestnya menjadi pekerja. xpelu susah2 belajar, kerja aje 8 to 5 dan tiap2 bulan kutip gaji. tp, tasha dah melalui zaman pekerjaan, ianya tidak semudah itu. kerja, expectation... susah untuk dipenuhi. maka, terasa bestnya kalau kerja yg simple2 cam jadi tukang cuci ke, kerja, just cuci je... xyah nk fikir documentation etc. tp kerja tukang cuci pun byk masalahnya. selain gaji yg tak mencukupi, kerja sepenat2nya.. mungkin juga akan ditindas org atasan...

owh, manusia mmg selalu tidak bersyukur. so bagaimana nak hadapinya?

tidak Allah jadikan manusia ini sia2, tanpa tujuan. sbb kita khalifahnya... kita wakilnya... maka setiap kita ada tugas2 kita, amanah dan tanggungjawab. amanah itu wajib dilaksanakan dan disempurnakan atau kita akan ditanya kelak. laluan hidup kita tak akan selamany susah, tak akan selamanya senang. kerana itu adalah didikan terhadap diri kita.

maka, segala kerja kita, susah mahupun senang adalah ibadah kepada Allah. kerana Allah dah tugaskan iulah tugas kita di muka bumi ini. kita harus lakukannya kerana Allah, bukan kerana Nafsu sendiri. so, perbetulkan niat, kite bekerja, belajar kerana Allah, bukan kerana duit, gaji, membangga diri etc. kita lakukan kerana ianya tugas yg Allah amanahkan untuk kita. jika kita lakukan kerana Allah, insyaAllah kita akan bersemangat n rajin.
jangan malas baca buku...
dalam konteks tasha.. tugas tasha sekarang adalah belajar kerana ianya telah diamanahkan oleh Allah. insyaAllah ianya akan menyumbang sst kepada masyarakat dan dunia... siapa tahu.

in a nutshell, 
jika terasa malas, ingatlah bahawa ini adalah tugas kita yg diamanahkan oleh Allah. ianya akan dipersoal kelak.

No comments: