actually hari hari bukak blog. baca updates. tp nk wat entry tuk diri sendri mmg tak sempat la. being a mom is not easy kan. hahahaha
well.
- hari ni saya period. finally after a year lps bunga lahir.... baru saya period kembali. lamanya.... kena start merancang family ni. rindu nak baby tp ye la, kesihatan tak mengizinkan. pepun, kita hanya merancang, allah menentukan.
- puasa tahun ni saya tinggal 4 hari! bukan sebab period, tp sbb food poisoning + gastrik. fuhh, siap masuk hospital tuaran ag. masuk air. teruk. siap depressed bagai kat hospital tu. hahahha. sian bunga, 1st time kena babysit dengan org lain.huhu
- berjaya ganti puasa 18 hari sebelum ramadhan hari tu. fuhh.... bimbang gak takut xsempat
- bunga dah start minum susu baru. dulu isomil... sekrang bg s-26. we'll see
- raya raya raya. tahun ni raya kat melaka. raya ke dua balik rumah nenek sebelah arwah ibu kat negeri sembilan.raya ke3 balik ganu.seronok.
- bunga dah setahun. celebrate birthday bunga tp x jadi!!!!! hahaha. well 1st timer mmg la byk mende yg boleh diperbaiki kot. hehehhe. and sempena setahun bunga baru merangkak. lambat sket. well, better late than never kan. thx kawan kawan yg sudi dtg haritu
- dah start 2nd session tuk depression class. based on what the psychiatrist said... depression is normal. everybody has it. it is just how u managed it. when u know how to managed it, u can start ur new life again.. nak keje ke... nk wat pape ke... hmmmm
- lately asyik fikir nak keje.... how eh.....
actually ni je isu sekarang. nak keje! tp sanagt berbelah bagi. selalu fikir, sbb apa nk keje. sebab ade kelulusan. sebab nk security, sbb nk duit lebih, sbb nk bantu family, sbb nk bersosial.. hmm. at the same time fikir gak.... tanggungjawab isteri n ibu ialah towards the family. nafkah tanggungjawab suami. duk baca pendapat UZAR. hmm.. ntah la. camne nih. tp xsanggup plak bunga dijaga org lain. kesian bunga. bukan semua org sayang anak kita cam kita sayang anak kita kan.... nk kerja dr rumah.. tatau nk keje apa. sbb, im no good in marketing. xreti la meniagaa.... lgpun duk rumah mmg undoubtly best. leh wat apa saje ikut timing kita. rumah pun sentiasa kemas. family pun makan masakan kita. suami, anak gembira.. so do i. emmm...
haih. susahnya... camne ye.
No comments:
Post a Comment