sad story part 1
kenapa part 1? Kerana hidup ini tidak mudah, katanya. Akan ada lagi kesedihan melanda and dia akan cuba untuk menanganinya dengan sebaik mungkin.
“ dia adalah seorang yang baik hati. Dia berkawan dengan ikhlas. Selama ini kawan2 dia semua baik hati, semua ikhlas. Walaupun terkadang ada perselisihan antara kawan, itu lumrah. Dia tak pernah ada seorang sahabat yang menikam belakang dirinya. Kerana itu dia mudah percayakan orang dan sentiasa berpandangan baik terhadap semua orang. What u give, u will receive it back, much more than what u gave.
Tapi hari ini dia telah mengalami satu perkara yang mematangkan hidupnya. Benarlah, banyak perkara yang perlu dilalui dalam hidup ini. Buat pertama kalinya dia terasa seseorang yang dipanggilnya sahabat back stab dirinya. Kenapa she feels like being betrayed by her friend?
Dia tidak faham istilah rival dalam pendidikan. Dia hanya paham istilah sharing the knowledge. Setelah mengadu dengan ibunya and ibunya menerbitkan istilah rival, barulah dia faham wujudnya istilah itu dalam sesetengah diri manusia. Dia tidak faham kenapa dalam pendidikan perlu ada rival. Inilah melayu, penuh dengan hasad dengki dan niat menjatuhkan orang lain.
Dia tidak faham kenapa di depan orang lain sahabatnya itu baik saja dengan dia. Tapi dia tidak tau sebenarnya banyak yang sahabatnya tahu tapi tidak dikongsi dengan dia. Dia ingat ape yang dia tau, and apa yang sahabatnya tau adalah sama. Kenapa dia baik sangat? Kenapa dia lurus sangat?
Sehinggalah suatu hari, di depan seorang yang mereka berdua kagumi, dia telah dimarahi oleh orang yang mereka berdua kagumi itu kerana orang yang mereka kagumi itu mengatakan dia tidak tahu apa2. Dia wasting time, dia tidak membaca. Padahal, dia yakin dia dah buat apa yang orang mereka kagumi itu suruh dia buat. Tapi dia tidak faham apa yang menyebabkan orang yang mereka kagumi itu seperti tidak berpuas hati dengan dia. Dan pada masa itu juga, di depan orang yang mereka kagumi itu, sahabatnya terus mengeluarkan fakta2 untuk mengimpresskan orang yang mereka kagumi itu, sedangkan fakta2 itu tidak langsung dia ketahui. Bagaimana sahabatnya boleh tau semua itu dan tidak memberitahunya?
Jawapan sahabatanya ialah, sahabatnya fikir dia sudah tau semua itu. Masakan dia tau kerana sudah beberapa kali dia mengadu kepada sahabatnya itu dia betul2 kosong and tidak tau apa2. Di depan orang yang mereka kagumi itu, sahabatnya pula menunjukkan seolah-olah dia telah berkongsi segala2nya dengan dia tapi semua salah dia kerana tidak ambil berat apa yang dikongsikan. Semua salah diakah kerana tidak bertanya apa yang patut ditanya sedangkan dia tidak tau pun kewujudan perkara yang patut ditanya itu? Salah diakah bila ditanya sahabatnya menjawab, sahabatnya ingatkan dia sudah tau?
Dan orang yang dikagumi mereka itu telah memandang serong akan dirinya. Dan dia dapat merasakan sahabatnya itu telah merasakan satu kemenangan ke atas dirinya, dengan menjadi seorang yang digemari oleh orang yang mereka kagumi. Kejamnya sahabat dia.
Dia paham sekarang. Tidak semua orang dalam dunia ini mempunyai hati sepertinya. Tidak semua orang ada persepsi sepertinya. Tapi dia tetap redha dengan ujian ini. Dia paham. Inilah asam garam kehidupan. Dia faham, inilah pengalaman hidup. Kerana dia tidak akan matang jika dia tidak ada sahabat seperti itu. Dia tidak akan salahkan sahabat dia 100% tapi dia tetap akan muhasabah diri dia. Tidak adil semuanya salah orang lain. Tapi dia berjanji pada dirinya, perkara ini tidak akan berulang lagi. Jauh di sudut hatinya, dia ada satu semangat baru, untuk menamatkan perjuangannya dengan cemerlang dalam masa yang ditetapkan. dan mengalahkan sahabatnya dalam perjuangan ini. tapi bukan dengan cara yang kotor. dia bukan begitu.

10 comments:
Sha, take it as a challenge for your still long-life-journey. Sy pernah kena skali, almost similar to u. A friend yg mmg sy trusted gile2 telah mem'plagiarized' idea2 sy utk individual asgmnt (ms tu sy minta die tlg checkkan grmmr utk asgmnt sy), n she got the highest score for that particular asgmnt due to her good command of English language (dan sy disuspek meniru kwn sy nye asgmt oleh lecturer sbb BI sy x best sgt mcm kwn sy tu) it HURTS, but then i've learnt something from it. NEVER EVER put your 100% trust to other ppl, even though they are your best friend. *sounds cruel x??* kekeke
tc
tashi !!!! don be sad !!!
now kite takut...huhuhuhu
kite xde kawan utk phd ni...
kawan ngn halim j...
n i trust him 100%...
kl frens susah sikit kn...ni soulmate...have to trust each other...kami ade satu sama lain j...
jdkn pengajaran...tp kl awak & kite jpe supervisor awak, pasti awak yg dpt kemenangan tu sbb kite = less than 0...
huhuhuhu
takutttt!!!
Alhamdulillah.
Akhirnya 'sahabat' yang hipokrit telah menunjukkan dirinya yg sebenarnya.Bila susu dibalas tuba, jangan la ditelan tuba itu.curahkanlah dan berikan susu itu kepada yang lagi berhak.
It seems that ur Phd journey is ready to set sail.get on the boat,if u dont want to be left alone.
Remember dear, without conflict, your character cannot grow.Ni blog ex-lecturer saya aka a good click of mine yg tgh ambik Phd kt England.Hope it can inspire u.Baca entry pasal Phd.Why I bother?
http://faiza.anifalhaj.com/
jlaa: nice. my sis also told me the same thing. susah la...saya kan baik n mudah percayakan org. hehe. ini lah experience of life. thx vm jlaa
mashi: mashi, awk kne cari kawan. speaker seminar kite cakap, in phd, u cannot work along. tp 1 tips, dont get a phd-buddy that has a same supervisor, same areas as you. mayb akan ade conflict nnt. mayb la, not all. tp halim tu len cite k...
aden: thx u so much. i alredy read the blog. so inspiring. i know i can rely on u, to make me feels better. haha~ bdw, suka perumpamaan susu n tuba tu.. meaningful =P
tashi: awak kn geng yg amek phd gak...ok la tu kn :))
n eventhou da ckp kt phone ngn awk td, nk tulis gak kt cni,
"kak *** ingat tasha da tau"...
same x dialog die??
chaiyok2 dear..byk lg cabaran...ni br permulaan...
mashiiiiii......huhu. pandai awk tiru ayat dia. x senonoh.haha
wow..seme coment panjng...nk coment jgk la...HAI..tu je..... (*_*)
hai anonymous... panjang ke pendek tak kisah. yg pntg maksud sampai... kih3
tashi..i felt sorry for u..tashi sabar bnyk2 ye..hidup mmg camtu..bukan time study je tashi akan lalui pengalaman mcm tu..bila dah masuk alam pekerjaan lagi kerap tashi akan lalui pengalaman macam tu..
hopefully, lepas ni berhati-hati dlm meletakkan kepercayaan..bukan semua org berfikiran seperti kita dan bukan semua org ikhlas dalam apa yg mereka lakukan..sebab tulah moyang kita wujudkan perumpamaan "rambut sama hitam, hati sapa yang tau"
dont give up dear..
thx liza.... tu la. lps ni kite akan lebeyh ati2. huhu
Post a Comment