Sep 21, 2010

kasih sayang

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan

Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana

buat yang masih mencari mr right, ini tips yang boleh kite kongsi sebagai panduan bersama. thx to kak 'ain. carilah seorang suami yang...

* Kuat agamanya
Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.

* Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.

* Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?

* Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.

* Pemurah tetapi tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.

* Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.

* Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.

* Rakan pergaulannya
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.

* Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.

* Tenang wajah
Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.

berbahagialah jika anda dicintai lelaki yg bersifat di atas. tiada yang perfect tapi, pilihla yang terbaik. tapi, tidak perlulah terlalu dambakan kasih sayang manusia kerana kasih sayang Allah yang kekal abadi. ini kerna, kasih sayang manusia itu bermusim. tasha penah baca, antara tanda manusia itu dikasihi Allah ialah dia dikasihi masyarakat sekelilingnya. kasihilah Allah, insyaAllah anda akan dikasihi manusia. put Allah 1st! jangan kerana nak mengejar cinta/sayang manusia, kita membelakangkan Allah. ini reminder buat diri sendiri juga.

dan satu ag, selalu lah ingat, kita tak mungkin dapat puaskan hati semua pihak. cukuplah hati kita tenang, puas dan mereka yang sayangkan kita juga gembira dengan kita.. itu sudah cukup baik. alhamdulillah, thank u Allah for every nikmat that i get from u. syukur~

4 comments:

zo said...

tashi..dah balik KL ke

SEEPOT SEEDOT said...

lagu Raihan-Kasih sayang

pernah nyanyi kat SHAMS dulu...
erm masa Hari Guru...

Unknown said...

liza:dah..esok insyaallah kite g uma awk..tumpang mojojo

seepot:syababul muslimin~

SEEPOT SEEDOT said...

hehe..kenangan tuh.