rukun islam ada 5 perkara
- mengucap 2 kalimah syahadah
- solat 5 waktu sehari semalam
- berpuasa di bulan Ramadhan
- menunaikan zakat
- menunaikan haji di makkah jika mampu
so, sebagai islam, kita kena buat semua ni tau. kalau tak, tak sempurnalah kita sebagai seoarang muslim.
maka, dengan itu.. based kepada perbincangan dengan mak pagi tadi.. time sahur... dibentangkan tentang zakat disini. selama ni ayah yang bayar zakat tasha. since tasha dah besar, kena la amik tau sal zakat2 ni. ok, apakah syarat wajib zakat dan zakat apa yang perlu kita bayar?
syarat wajib zakat (kalau cukup syarat, tak bayar zakat, dosa~)
maka, dengan itu.. based kepada perbincangan dengan mak pagi tadi.. time sahur... dibentangkan tentang zakat disini. selama ni ayah yang bayar zakat tasha. since tasha dah besar, kena la amik tau sal zakat2 ni. ok, apakah syarat wajib zakat dan zakat apa yang perlu kita bayar?
syarat wajib zakat (kalau cukup syarat, tak bayar zakat, dosa~)
- islam
- merdeka
- sempurna milik -harta yang hendak dizakatkan dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang islam yg merdeka
- hasil usaha yang baik sbg sumber zakat
- cukup nisab - paras minimum samada harta itu wajib dikenakan zakat atau tidak, mengikut nilai emas harga semasa
- cukup haul - genap setahun
jenis2 zakat
- zakat fitrah- aka zakat diri yg difardhukan kepada setiap individu muslim dan muslimah yang berkemampuan dgn syarat2 tertentu.
- zakat harta- ada 8 jenis zakat harta
- zakat pendapatan
"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."
Surah al-Baqarah (ayat 267)
- zakat perniagaan
- zakat binatang ternakan
- zakat pertanian
- zakat wang simpanan
"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun."
FATWA ZAKAT KUMPULAN SIMPANAN PEKERJA (KWSP)
Pencarum KWSP digalakkan mengeluarkan zakat sejurus menerima atau mengeluarkan wang KWSP tersebut jika cukup nisabnya tanpa menunggu haul setahun.
- zakat emas dan perak
- zakat saham
- zakat ma'adin, kunuz dan rikaz - iaitu galian dari perut bumi, harta karun dan simpanan dlm perut bumi sebelum kedatangan islam aka simpanan jahiliah
maka, pls cek zakat2 yang perlu anda bayar. selain zakat fitrah, tasha kena bayar zakat wang simpanan. zakat pendapatan xsure ag. for more info pls visit e-zakat. jangan biarkan harta anda tak berkat... berzakatlah!
No comments:
Post a Comment