Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...
- Hari ini sebelum kita mengatakan
kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak
dapat berkata-kata sama sekali.
- Sebelum kita mengeluh tentang rasa
dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak
punya apapun untuk dimakan.
- Sebelum anda mengeluh tidak punya
apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang
meminta-minta dijalanan.
- Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada
pada keadaan yang terburuk di dalam
hidupnya.
- Sebelum mengeluh tentang suami atau
isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon
kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
- Hari ini sebelum kita mengeluh tentang
hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang
meninggal terlalu cepat.
- Sebelum kita mengeluh tentang
anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat
ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
- Sebelum kita mengeluh tentang rumah
yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang
tinggal dijalanan.
- Dan di saat kita letih dan mengeluh
tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran,
orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.
- Sebelum kita menunjukkan jari dan
menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun
yang tidak berdosa.
- Untuk suami/isteri yang tidur
berdengkur di waktu malam,
Kerana beliau tidur di sisi kita bukan
dengan orang lain.
- Untuk anak/adik perempuan kita yg
mengomel apabila mencuci pinggan,
Kerana itu bermakna dia berada di rumah,
bukan dijalanan berpeleseran.
- Untuk cukai pendapatan yang kita kena
bayar,
Kerana itu bermakna kita masih mempunyai
pekerjaan.
- Untuk pakaian kita yang dah tak muat,
Kerana itu bermakna kita cukup makan.
- Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap
yang perlu dilap dan rumah yang perlu
dikemas ,
Kerana itu bermakna kita mempunyai
tempat tinggal.
- Untuk bunyi bising jiran,
Kerana itu bermakna kita masih lagi
boleh mendengar.
- Untuk timbunan pakaian yang perlu
dicuci/digosok
Kerana itu bermakna kita ada pakaian
untuk dipakai.
- Untuk keletihan/kesakitan otot selepas
seharian bekerja,
Kerana itu bermakna kita masih berupaya
untuk kerja kuat.
- Untuk tempat letak kereta yang jauh
daripada lif,
Kerana itu bermakna kita masih berupaya
utk berjalan.
- Untuk jam loceng yang berdering pada
waktu pagi,
Kerana itu bermakna kita masih hidup
untuk meneruskan hari tersebut...
- Dan ketika kita sedang bersedih dan
hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada
Tuhan bahawa kita masih hidup
"Jika tak dapat apa yang kita suka,
belajarlah menyukai apa yang kita
dapat... dan bersyukurlah dengan apa
yang kita ada"
source: sue252eus
No comments:
Post a Comment