Nov 2, 2010

kisah suami isteri

harian metro hari ini memaparkan 2 cerita berbeza, satu, si suami rela mati demi isteri and satu ag si suami memijak n membelasah isterinya hingga mati... nauzubillah.

rumahtangga kadangkala boleh menjadi syurga, kadangkala boleh menjadi neraka. takutnye... 1st berita, tasha baca sal si suami yang bunuh isterinya itu (NERAKA CINTA). rasa sangat marah and tak patut. bayangkan tubuh wanita yang lemah dibelasah, dipijak.. sampai mati? ngeri betul. sungguh tidak adil dengan tenaga yang ada pada lelaki digunakan untuk membelasah insan yang lemah, apetah lagi isterinya? memang dalam islam suami boleh memukul isteri tapi ade caranya bukan? sila rujuk Konsep Memukul Isteri Dalam Islam.

lepas tu, tasha baca lak kes si suami sanggup mati untuk isterinya (RELA MATI DEMI ISTERI). terharu plak. rasa sedih bila baca kisah ni... ini lah tanggungjawab suami, melindungi isteri, insan yang lemah. sies terharu ok. bertuahnya menjadi isteri yang mempunyai suami penyayang, bertanggungjawab n melindungi camni...

tapi teringat plak cerita last few days, tasha ke maybank. nak wat cash deposit. tengah concentrate masukkan num akaun katmesin cash deposit, tetiba seorang wanita kat sebelah tasha ni meninggikan suara. "apa number akaunnya???" hush, terkejut tasha. ingat marah kat tasha.. rupanya on phone. ok, maybe dia marah adik dia kot. tapi, xperlu la kat tempat awam kot... pastu dia marah2 lagi dengan suara yang kuatla. then tasha dengar, "Ya Allah, bebalnya suami aku ni... mana boleh bayar astro kalau duit xde. cash deposit bukannya ada kat cni!!!!", dia marah sambil hentak2 kaki. gulp. terkejut tasha. cakap ngan suami camtu ke? satu maybank dengar. dah le hentak kaki n fyi, she's wearing tudung ok. plus, kalo xde cash deposit, yang tasha duk melangut kat tepi tu wat cash deposit apenye...

malu sangat dengan pempuan tu. malu bagi pihak tasha yang pakai tudung wat cash deposit kat ctu la. ade ke cakap ngan suami tinggi2 suara gtu. bukan setakat tinggi suara, marah n cakap suami dia bebal lagi. ewah2. agak2 kalao balik dari maybank nanti kena langgar n mati... masuk syurga tak agaknya, bau syurga pun lum tentu... nauzubillah.

dan si suami plak, boleh dia biarkan isteri dia cakap kat dia camtu? pelik sungguh. tak pernah tasha jumpa kecuali dalam tv. dalam hati, sangat bersyukur mempunyai family yang penyayang, mak tak meninggi suara pada ayah.... and hopefully tasha pon tak akan sekali2 meninggi suara pada suami... insyaAllah.

akhir kata nak petik kata2 ustaz hasrizal sket:

"melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta.
Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan."


aku terima nikahnya

2 comments:

harzharun said...

hurmmm...sama2 jadikan renungan dan pedoman...

SEEPOT SEEDOT said...

pedoman tuk tasha yg akan ke zaman tu taklama lagi..hehe.