Oct 27, 2011

Jalan2: Tamparuli n Kota Belud

weekend lepas, kami jenjalan lagi...

hari sabtu,
mula2 ingt nak jogging. semangat giler nak jogging. well, poli KK ni ade laut tau. kat belakang blok hostel student. so, jogging kat sekeliling poli pun best. ade view. tapi hujan la pulak. so, kami pun jenjalan...

kami ke pantai tanjung aru. tapi before that kami melepak kat Times (book shop) kat Suria Sabah. Suria Sabah ni Mall baru. cantik tapi xde pape lagi.. hehe. pas beli goreng pisang, kami pon ke beach. dek kerana hujan petang tu, pantai agak lecak. tapi masih ramai orang. sangat meriah. meriahnya mengalahkan pantai batu burok kat terengganu tapi pantai batu burok lagi cantik.. hehe. sbb pantai tg aru ni lagi membangun, tu yang meriah tu. ade cafe, food court, orang nyanyi2, jual2... pelancong pun ramai. sempat la ambil gambar sunset and hubby solat magrib kat situ dan menjamu selera ABC yang femes. hehe...
gambar yang diambil berdua harusla ade...
ni kat sekitar pantai...
inilah ABC yang femes kat tanjung aru beach.. semua nak letak, buah, aiskrim, cornflakes...penuh
sunset di tanjung aru beach
then balik rumah tengok bola. yeay, terengganu menang!
Jalan Tamu @ Kota Belud
ahad, kami ke kota belud. jiran kami yang ajak. kat sana ade tamu mingguan. sangat banyak dijual dari barang dapur sampai la perhiasan rumah, pakaian, kuih-muih, kucing and anjing pun ade! memang meriah n murah. kota belud terkenal dengan tamunya dan hand-made parang. parang2 dia buat cantik berukir bagai. selain tu ade tudung saji jugak yang kami beli buat gantung kat dinding.
tamu kota belud
shopping
ni antara parang2 yang dijual...
 next week ade tamu besar-besaran. menurut hubby tamu besaran ni dia jual semua barang dari seluruh sabah. cam setiap daerah datang jual specialty masing2 la. lagi meriah sebab ade persembahan semua. ntah la nak gi ke x sbb pegi tamu mingguan pon dah penat. tamu besar plak, haih.. mau xhabis jalan nnt..
ni la gunung kinabalu
owh ye, otw ke tamu, kami sempat jugak mensnap pic gunung kinabalu. cantik cuacanya hari tu so gunung kinabalu tak dilitupi awan la...
Sungai Kiulu
otw back, hubby bawak saya jalan2 ke tamparuli. ewah, tamparuli ni tempat marsha af3. kota belud
tempat felix af jugak. hehe, hubby bawak ke sungai kiulu, tempat yang popular untuk water rafting. tapi cuaca yang panas sebab tengah hari n air yang surut, tak banyak gambar yang boleh diambil... and lepas tu kami ke jambatan tamparuli! jambatan ni femes sebab ade lagu jambatan tamparuli. ianya jambatan gantung. tinggi n panjang gak. tapi saya tak habis pon jalan ke hujung. gayat la...
Jambatan Tamparuli

Jambatan Tamparuli dari bawah

tinggi n goyang2
so, itulah weekend saya. seronok sebab leh jalan2 sekitar kota kinabalu... =)

No comments: